Get Adobe Flash player

SEMOGA BERJAYA

PEPERIKSAAN

AKHIR TAHUN

2019

UPSR 2019

4.9.2019

Statistik Pengunjung:

Sekarang: 9

Semalam: 24

Seminggu: 178

Bulan Ini: 427

Keseluruhan: 26815

Pintasan Web

Sistem Pengurusan SekolahNKRAAplikasi Pangkalan Data MuridSISTEM SAHSIAH DIRI MURID

 KATA-KATA ALUAN GURU BESAR SK TAMAN IMPIAN EMAS.

            Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

        Tahniah dan syabas diucapkan kepada AJK Laman sesawang SK Taman Impian Emas atas usaha gigih menghasilkan laman sesawang ini. Laman sesawang ini merupakan panduan dan rujukan kepada ibu bapa, murid-murid dan warga sekolah untuk mendapatkan maklumat terkini selaras memenuhi aspirasi anjakan ke tujuh dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

             Ibu bapa merupakan pelanggan utama dalam sistem pendidikan di mana masa kini mereka mempunyai kesedaran yang lebih matang terhadap nilai produk dan perkhidmatan yang mereka perolehi. Mereka menuntut kualiti produk dan perkhidmatan yang terbaik berbanding dengan harga yang mereka bayar. Kualiti ialah sesuatu yang ditentukan oleh pelanggan. Keluaran yang berkualiti ialah keluaran yang dapat memuaskan hati pelanggan yang menjadi sasaran iaitu ibu bapa, murid – murid dan masyarakat.

           Semua kakitangan merupakan nadi kepada sekolah dan profesionalismenya ialah kunci kepada kualiti. Kualiti yang dimaksudkan bukan sahaja meliputi kualiti proses tetapi kualiti hasilnya ( output ) juga. Perkara ini hanya akan tercapai jika individu, kumpulan, kelompok dan organisasi cekap dan berkesan. Perubahan utama yang perlu dilakukan oleh setiap individu ialah perubahan paradigm, sikap dan perlakuan. Kesemua elemen ini dapat membantu kita dalam berfungsi dengan berkesan, mempunyai daya saing yang tinggi dan berketerampilan.

            Harapan saya semua kakitangan akan dapat membentuk sahsiah yang unggul berteraskan pemupukan daya fikir, pembinaan, sikap serta nilai. Kita perlu memahami apa yang diperlukan oleh pelanggan dengan sebaiknya supaya mampu memenuhinya dengan tepat, malah dapat menawarkan lebih daripada yang mereka perlukan.

 

 

......................................................

(PN. HJH RATHEYAH BTE ABDULLAH )

GURU BESAR SKTIE

 

CIPTA SEJARAH 2019

BAWAH 10 (NAIB JOHAN CUP) BAWAH 12 (KE 3 CUP)...
4 PERAK, 5 GANGSA...

Pintasan Sekolah

VLE FROG SEKOLAHFACEBOOK SEKOLAHYOUTUBE SEKOLAH

LAMAN SESAWANG SK TAMAN IMPIAN EMAS, JOHOR BAHRU

Copyright © 2015. All Rights Reserved.